Batal ke?


Assalamualaikum:)
Hai readers! selamat bertemu kembali <CEH! skema datuk sebab bulan ramadhan kena behave oke :P>

Alhamdulillah dah hari ke-11 dah kita berpuasa. Yang muslimat yang dah ponteng tuh, sila tanda kat diari berapa hari incase berlaku masalah ingatan dan lupaan. Sebut2 sal ponteng puasa ni, mungkin ramai tertanya-tanya plus nak tahu batal ke puasa kalau keluar air mazi atau air mani semasa berpuasa (?). Jom baca info bagus ni..

Apa beza air mazi dengan air mani?
Air mazi ialah cecair jernih yang keluar melalui kemaluan lelaki dan wanita yang sedang berkeinginan atau terangsang semasa membaca, melihat bahan-bahan yang mengghairahkan.

Air mani pula ialah cecair putih pekat (bagi lelaki) atau cecair kekuningan/tak berwarna+sedikit cair (bagi perempuan) yang keluar semasa bersetubuh atau beronani. Bezanya dengan air mazi, air mani berbau busuk seperti putih telur, clorox or bau pandan. SO, careful! orang-orang tua boleh tau and detect bau ni. Haram bagi orang-orang islam beronani atau mengeluarkan mani secara sengaja nak2 pada bulan puasa ni. OPS! salah, bukan setakat bulan puasa, sampai akhir zaman pun, HARAM! Plus, sekiranya seseorang mengeluarkan air mani, badan mereka akan merasa lemah.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Oke, sekarang dah tau pe beza air mazi dengan air mani. So, which one yang ,membatalkan puasa? jawapannya AIR MANI yang MEMBATALKAN PUASA. Orang yang sengaja bersetubuh dengan isteri tau beronani pada siang hari di bilan ramadhan maka dengan sahnya batal puasa dia. Tapi HARUS hukumnya untuk meneruskan puasanya bagi menghormati orang islam yang lain. Maknanya, even puasa da batal, jangan menggedik nak makan depan orang puasa. Hukum menggantikan puasa yang batal ni pula adalah WAJIB sebelum Ramadhan akan datang or kalau tertangguh jugak sehingga Ramadhan seterusnya, wajiblah dia membayar fidyah + ganti jugak puasa tu. Bagi kaum lelaki yang bermimpi di siang hari, puasanya dikira tidak batal kerana air mani keluar tanpa sedar.

Bagi air mazi pulak tidak membatalkan puasa. Tetapi perbuatan bersyahwat itu dapat mengurangkan pahala puasa tersebut, kerana ia memikirkan perkara membangkitkan nafsunya ketika dalam puasa.

Allah s.w.t menyebut dalam hadis Qudsi :-

يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ من أَجْلِي الصِّيَامُ لي وأنا أَجْزِي
Ertinya : "Dia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya hanya kerana Ku ( Allah ), sesungguhnya puasanya adalah untuk Ku dan Aku lah yang akan membalasnya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 )

TAMBAHAN ++
Bagi kaum muslimat, jangan keliru pulak air mazi dengan keputihan sebab keputihan tidak keluar disebabkan syahwat. Bezanya dengan air mazi, keputihan berwarna sedikit kekuningan or berbau tapi air mazi tak. Keputihan yang biasa keluar hari-hari tu tidak membatalkan puasa tapi membatalkan wuduk kerana keputihan itu dikira sebagai najis. Jadi sebelum nak sembahyang tu, wajiblah kita membersihkan dulu najis ni. Suggestionnya, gunalah pantiliner tu memudahkan diri sendiri.

Sedikit perkongsian tuk hari ni. Semoga jadi info berguna untuk semua. Selamat menjalani ibadah puasa! dah 11 hari, raya makin dekat :D

Wallahua'lam

Comments

Popular Posts