The Puppet Show

Assalamualaikum :)

Selepas dah lepas beberapa beban projek2 besar sem ni baru boleh nak update little blog. Alhamdulillah syukur projek akhir untuk Literasi Bahasa dah pun berakhir. Tu pun after lenguh mulut membobel mengumpat mengata macam2 perkataan buatan kemarahan dan kekangan masa yang sentiasa bersaing berlumba lari dengan waktu tidur aku. Ayat mungkin berbelit tolong jangan cuba baca dua kali. 

Projek akhir Literasi Bahasa kelas aku adakan 'Puppet Show'. Sasaran or dengan kata mudah penonton utama ialah budak2 prasekolah IPG Kampus Pendidikan Teknik. Markah 100percent pada budak2 hingusan ni. Lecturer cakap, budak suka, markah pun suka lah. OH MAN....

Sebagai penggerak skrip puppet, aku, adli, duan & amin memerah santan otak sebijik bak washing machine tuk hasilkan jalan cerita terbaik. Akhirnya muncullah kami dengan 'Lollipop'. AHA! idea nak tackle budak dengan makanan ruji zaman kanak2 a.k.a lolipop ni memang cun lah sehinggakan budak berebut rebut mendekati pentas puppet. Walaupun preparation semuanya last minute, alhamdulillah berkat kesungguhan dan komitmen semua, PBM BANGGA lagi! 

ni lah yang aku sering kata kan sengeh bergigi-gigi. CONGRATE semua!

Penggunaan boneka dalam P&P berkesan dan memberi keseronokan kepada murid. Sebagai bakal cikgu, memang perlu praktikkan semua ni. Bukan time belajar je semangat hasilkan macam2 ABM tapi teruskan sampai bila2. SINI sedikit rujukan berguna berkenaan boneka dalam pengajaran. Semoga kita semua akan terus berusaha dan berjuang dalam memastikan kualiti pendidikan anak-anak kita suatu hari nanti. Jiwa cikgu mari dahhhh...=__=** Selamat maju jaya pendidik!


Comments

Popular Posts