Cream Puff

Assalamualaikum readers:)


Siapa pernah nampak cream puff cam gambar ni??

Barangsiapa yang pernah lihat, maka beruntunglah kamu berada dalam kalangan orang-orang yang tahu makan jer. AHA! Resepi yang ku godek2 malam ni tidak kemenjadian disebabkan perasaan chef yang bercampur baur sedih kuciwa, tidak excited disebabkan Harimau Muda kalah 3-2 menentang Bahrain dalam kelayakan Olimpik :(


Inilah rupa asal puff ku sebelum di 'bubus' custard cream. Malang tidak berbau, puff tidak mengembang dengan cantik menyebabkan muka depan dia kelihatan seperti cengkerang penyu tua manakala belakang nya pula sebijik bak mangkuk hayun. Kerana itulah ku tidak dapat mem'bubus' custard cream di tengah-tengah sebaliknya mengembangkan kreativiti dengan guna puff secara terbalik seperti 2 bijik ready-to-eat di atas :))))

Resepi ni ku cilok dari mana pun lupa, but let's share..

Bahan untuk puff
70 gm marjerin 
140 gm gandum  
4 biji telur 
200 ml air 
1/4 sudu garam 
1 sudu teh perisa vanila 

Inti (Custard Cream)
4 sudu besar tepung custard. 
1000 ml air 
140ml susu cair 
1 tin jagung Cream 
6 sudu besar gula
sedikit garam. 
Caranya:

Cara-cara menyedia Puff
1. Masak air dgn garam, bila dah menggelegak, masukkan marjerin. 
2. Bila marjerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati . Tutup api. 
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan. 
4. Bila betul2 sejuk, masukkan kedalam mesin adunan, campurkan vanila dan telur. Putar hingga kembang. 
5. Bila sudah kembang dan sebati masukan dalam piping beg, kalau hendak senang bulatkan dgn sudu pun boleh 
6. Panaskan oven 180C dan bakar selama 15- 20 min atau hingga masak kembang. 
7. Bila dah masak, angkat dan belah. (Bubuh inti)

Cara-cara membuat intinya:
Air dan susu cairkan campurkan dalam mangkuk dan kacau rata. 
Masukkan gula dan garam kacau rata kemudian muasukkan tepung custard kacau rata. 
Lepas tu masukkan jagung. 
Jerang dan kacau atas api hingga sebati dan masak. (Jadi agak pekat) 
Letakkan dalam Cream Puff yang dah dibelah. 



Ketidakmenjadian tidak akan berlaku lagi jika kita tidak getar mencuba sekali lagi. Jadi, berhijrahlah dari tidak menjadi kepada menjadi, dari buruk kepada lebih baik. So, mari menggodek :)  
SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA!


Comments

HikarI said…
aigoo....lapo la plop
teringat cerita Jepun nie, Zettai Kareshi. dorang wat cream puff
sangat cantik dan kembang, 200X jauh lagi cantik...ngehngehngeh^^
eEzzahAwang said…
cis~ xperlu rasanya sampai 200x..oke, i mengaku i punya memang xlawa...hwaaaaaaaaaaaaaaaaaa T__T

Popular Posts