How 3 bucks worth?

Assalamualaikum:)

Lets firstly panjatkan kesyukuran kepada Ilahi pada hari ni, kita still lagi berpeluang membuka belog random house. AHA!

Kalau setiap kali sesiapa bukak belog ni aku bagi 3ringgit, agak-agak bape ratus kali kau bukak? apa nilai 3ringgit? Pada aku, nilai 3ringgit lebih dari 3 helai note seringgit begitu jugak lebih bermakna dari 6 keping syiling 50sen.

Sebab 3ringgit kakak aku semalam bertukar jadi 3ribu makna bila...

Tiga perasaan kasih sayang bertemu bersama 1 cinta dan rasa syukur.


One fine day, i got a massage from dearest brother saying 'please motivate me kakak..' membuatkan diri kerdil ni tak keruan memikirkan dia yang sedang bertarung antara impian dan harapan keluarga. Aku resah menyusun kata terbaik supaya dia tenang dan tahu bahawa Allah lebih mengenali kemampuan dia.

Aku hubungi kakak, membuat perancangan menemui dia. Keluar mencari kegembiraan bersama. Untuk ketenangan dan kekuatan mungkin. Ummi call 'abang ok ke ngah?' 'ok jer ni..' aku jawab. 'lepas ni nak ke mana?' umi tanya lagi. 'kami nak pegi KLCC. tak tahu nak ikut jalan mana. Tapi nanti kakak redah jelah' panjang jawapan aku berikan pada umi..'pegi lah mana-mana pun. tengok2kan abang..umi risau sangat kat dia..' sayu suara umi menuturkan baris ayat tu. Aku sebak. tak mampu diungkap dengan kata-kata, yang terbayang hanyalah kegusaran hati seorang ibu..kasih umi.. Subhanallah..

KLCC menjadi saksi 3 cinta antara kakak, angah dan abang kerana Allah. Usai sembahyang asar di masjid asy-syakirin, kita menapak mencari arah yang entah kemana. Tapi dalam hati, rasa kasih dan cinta akan saat itu hanya Allah yang tahu. Indahnya anugerah kasih sayang yang Allah beri pada kita..

Rumput-rumput hijau merakam tiap garis kegembiraan yang terlukis di wajah kita. Tika azan maghrib berkumandang, kita sama-sama tunduk di rumah Allah. Aku sujud..dalam hati cuma abang.. jangan kau putus asa..

"Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku lemah dan kepalaku ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku."(Surah Maryam ayat 4)


Ya Allah, terangi lah hati abang


Coretan hati seorang kakak,
Semoga Allah memberkati..

Comments

EEFFAH said…
rindu hari itu
TT_TT
norgee said…
buat Abang Lutfi,
Aja Aja Fighting!
I believe in U!
norgee said…
to my beloved Abe Ufi,
Aja Aja Fighting!
Gambate!
All the best!
bittaufiq wannajah...
Wo Ai nie...heheheh...
norgee said…
to my beloved Abe Ufi,
Aja Aja Fighting!
Gambate!
All the best!
bittaufiq wannajah...
Wo Ai nie...heheheh...

Popular Posts