Nisfu Shaaban

Assalamualaikum semua.

Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban (tutupnya buku amal). Sebagai permulaan untuk buka 'buku baru', diri kerdil ni mohon maaf dari semua. Sebagai  makhluk Allah semestinya kita tidak terlepas dari membuat kesilapan baik secara sengaja atau tidak sengaja. 


Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَتَدْرُونَ لِمَ سُمِّيَ شَعْبَانَ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ِلأَنَّهُ يَتَشَعَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ.

Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.



Firman Allah,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ.
Yang bermaksud, Pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
Al-Dukhaan: 4

‘Ikrimah dan sebahagian ulamak tafsir menjelaskan bahawa perkataan malam pada ayat ini bermaksud malam nisfu syaaban.

                                           
Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.



Jadi mari sama-sama kita  mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam ni untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya. Berdoalah banyak2 semoga Allah makbulkan. InsyaAllah. Wallahu'alam




Comments

Popular Posts