Ramadhan datang lagi

Assalamualaikum semua:)

Alah bisa tegang biasa. Bila dah semakin dewasa dah semakin jauh dengan family, puasa sorang sungguh menyedihkan. Kalau kat rumah makanan penuh meja, kt hostel makan serunding daging ngan kicap manis cap kipas udang ajorr..hwaaa.. alhamdulillah, boleh makan berbanding saudara2 kita di luar sana, entah hape lah yang dorang sahur n berbuka..sebutir nasik pun belum tentu dapat jamah.isk!

Alhamdulillah hari ni dah pun masuk 1 Ramadhan. Dikesempatan ini, ku pohon seribu kemaafan dari semua atas semua kekurangan, kekhilafan, ketaksempurnaan, ketidaktahuan, kejahilan yang disengajakan mahupun tidak disengajakan sebelum2 ni. 

1. Niat puasa
2. Melewat-lewatkan sahur.

3. Baca doa bukak puasa, allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin. Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang." 


 4. Makan berpada-pada. Tamak haloba amalan syaitan! Kenyang jadi malas. kui3. Sabda Rasulullah, 'Orang yang beriman makan untuk satu perut, orang kafir makan untuk tujuh perut'. Muhasabah.

5. Kejar mengejar dengan terawih & banyakkan ibadat yang laen. Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi, sabda Rasulullah SAW,

"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, orang yang dizalimi dan orang yang musafir"




Selamat berpuasa untuk semua umat islam di seluruh dunia. Semoga Ramadhan ini membawa seinfiniti keberkatan kepada kita semua. Sama-samalah kita perbanyakkan ibadah dan berdoa semoga Allah makbulkan segala doa.


HEPI RAMADHAN ALMUBARAK! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN:)


Comments

Popular Posts