Melaka Part IV - Hari Kejadian
Yeay! bermula dari Part I, Part II, Part III dan akhirnya tibalah part paling last. Sumpah pasni da tanak buat entry banyak2 part. Jemu sampai nak muntah hijau. Aku yang tulis pun bosan, ko yang baca?? oke simpan jawapan dalam ati jerr..
Sila baca perenggan di bawah ini dalam nada bercerita**
Pada malamnya, puteri-puteri beradu di singgahsana yang serba mewah..*pastikan intonasi dan sabdu baca betul** Mereka beristirehat dengan hati yang girang. Paginya pula, dayang-dayang menghidangkan santapan yang sungguh enak. Setelah penuh perut mereka isi, puteri-puteri beransur pulang ke kamar..eh, salah! lepas makan kami ke pantai...EHEEE..
Bila dah masuk tengahari, gegurls semua dengan independentnya konvoi dua bijik kereta ke rumah ika. Kendurilah objektif utama ke Melaka. 3 part sebelum ni intro jer baru.
Bakal pengantin. Bukan pengantin hari kejadian :P
Usai makan nasik laok ayam merah yang sangat sedap tak pernah aku rasa kat umah ika, kami gerak pulang ke institut. Singgah jap di pantai Port Dickson cuci mata. MasyaAllah..melayu mat salleh memang ramai. Apa yang kami tonton biarlah simpan sebagai rahsia. Jadikan sempadan dan modal mengumpat kat bilik.HAHA..nauzubillahiminzalik..
Walaupun tak sempat nak jumpa pengantin sebab pengantin ngah tukar baju nak potong kek, takpe..biar kami pegi jumpa JPJ tuk bayar saman jerk T__T
Tamat cerita Melaka. Wassalam.
Comments