muhasabah

assalamualaikum semua :)

alhamdulillah sekarang dah masuk bulan mei. bermakna peperiksaan makin dekat HUHU. sempena first sem masuk degree target kena tinggi even ape mnde yang blaja sem ni ntah lekat kt kepala ke x, yg penting ade semangat & target tuk dpt dekan ke? sebabnyah kalu result 1st class cemerlang degree mean t senanglah nak dapat tajaan KPM tuk sambung 2nd dgree a.k.a master dan jugak phd. 

okey jangan pening2 baca ayat kt atas. aku yang tulis aku je yang paham

hari sabtu lepas alhamdulillah ana dengan jayanya menyertai kem PERKASA AKIDAH selama satu hari di maktab jer dengan kerjasama JAWI. bukan jawi  bersunat tapi Jabatan Agama Wilayah okeyy. pengalaman pertama aku pegang bible lam kem 2. teragak-agak jugak mulanya tp bak kata ustaz 

"pegang je xperlu amik wudhuk" 

lucu pulak rasanya HIHI. yelah mana x debarnya, bible 2. ustaz tambah lagi 

"jangan getaq tgk org pakai salib besar2, bukannyah dia khatam bible pon. macam kita jugak (org islam), tudung serkup songkok tutup kepala Quran xbaca mana pun.." 

apa lagi mengilai la dengar kata2 ustaz 2. xada ape yg salah, betul! mmg itulah hakikatnya. pakai tudung besar ke, pakai kopiah bersongkok kemas pun, x menjamin orang teguh iman dan taqwanya kan? jangan cepat nak stuju ngan hangguk kawan2 yer.. semua tu sebenarnya mencerminkan peribadi u know? perspektif orang kt seseorang tgk pada penampilan dia lah. cam kita jugak, 1st nak nilai org ofcos kita tgk luaran kan? haa..samalah. so, even xbaca quran mana pun, sekurang-kurangnya kita memberi tanggapan baik pada orang lain mengenai diri kita dan agama islam bila kita sopan pakai tudung, kemas berkopiah. tapi bg yang muslimah jangan la plak pakai yang senteng sana , singkat sini, ketat cam balut nangka. nangka pon org balut longgar gak ckit. UH3! islam bukan x bg muslimah bergaya, tapi biarlah kena dengan syariat. aurat untuk dilindungi bukan untuk dibaluti. balut2(pakai ketat) samalah jugak ngan menampakkan aurat sebabnyah jelas dapat tgk bentuk badan kita 2. xkiralah lengan ka, betis ka, paha ka, AURAH! ingat tu! 

ok2. da panjang leabr da. banyak lagi nak kongsi, tapi malam ni banyak kerja plak. insyaAllah lain kali kita sambung lagi. cheh! bajet org baca sangat kan. xpa2 kalu bg yang baca alhamdulillah jadikan sebagai peringatan bersama. selamat beramal kawan2 ~ 


p/s: jangan lupa baca Quran :)


Comments

Popular Posts