Apam Polkadot


Assalamualaikum:)
Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat bertemu kembali dalam segmen kongsi resepi. AHA! intro jelik..oh puhlissss.. 
Second baking dalam cuti neh menghasilkan Apam Polkadot Super Cute sekaligus membolehkan aku put mark 'done' pada wishlist [link]. Tinggal lagi dua tuk completekan semua EXCITED!
Bahan2 diperlukan senang didapati kat kedai
Super Cute!

Super Cute square HAHA

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek. Tapi tayah nak serabut pikir banyak2, masuk ja kedai jual bahan kek2 cakap nak ovelette >_<
Cara-cara masak:
1. Macam biasa kalau ikut cara tuan badan, saya campur je semua bahan dalam bekas, then guna mixer pukul tahap makximum antara 8-10 minit. 
2. Then, after puas hati pukul mixture tadi, divide kepada beberapa bekas untuk dicampur pewarna berwarna-warni ikut suka hati.  
3. Third,masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
4. Picitkan adunan ke dalam separuh mini cup.
5. Letakkan filling secukupnya. Boleh letak filling kaya, peanut butter or pape jer yang anda gemari
6. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh. Then baru lah dot dot hiasan polkadot yang cute.
7. Last sekali derah-derah pegi kukus dengan api kecil/sederhana sehingga masak. Biasanya dalam 10-15 minit jer da masak. 
8. Boleh makan dengan muka happy gila sebab air tangan sendiri.wink2!!
SELAMAT MENCUBA!

Comments

zubaidah said…
rajin molek mg try resepi byk2..bagus2..buleh doh koho2 nk nikoh..haha
eEzzahAwang said…
koho-koho doh nih..hwah3

Popular Posts