Thursday, October 27, 2011

Kek Coklat Kukus


25 Oktober merupakan birthday anak kesayangan Encik Awang. Pada hari semalam tanggal 26 Oktober 2011, saya dengan bantuan adik & kak teh menyempurnakan misi membuat kek coklat. Part of my wishlist [link]. Idea tuk jadikan kek tu as birthday cake abe tiba dengan tiba-tiba memandangkan dia kat IBT celebrate birthday sorang2 jer. Jadi sebagai family yang sangat muafakat, kami kat besut celebrate ramai2 dengan birthday boy melalui MMS & phone call. AHA! kami kenyang, but abe melongo jer lahh. Kesiann...
Happy 18th Birthday Abe :D
Resepi tuk dikongsi..
Bahan A
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak (boleh ganti dengan buttercup)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
Bahan B (Hiasan Kek)
1 bar coklat masakan & coklat rice atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek

Cara-cara masak :
1) Sebelum bancuh bahan-bahan, didihkan air di dalam alat kukusan.
2) Sementara tunggu air mendidih, gaul semua bahan2 A dengan mixer atau boleh jugak nak  pakai sudip jer sampai lenguh tangan. 
3) Pukul lagi sehingga kembang lebih kurang 8-10 minit jugak lah.
4) Sediakan loyang kek yang dah disapu dengan majerin dan masukkan adunan kek tadi.
5 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (jangan lupa pantau kek lepas 30 minit. Cucuk ngan lidi. Kalau tak ada kek yang melekat kat lidi maknanya kek tu dah masak)

6) Bila kek dah masak boleh lah cairkan coklat bar. Guna teknik double boiling. Tambah sedikit buttercup or marjerin dalam cairan coklat supaya coklat jadi bersinar ket. Juga saya tambah susu cair sikit supaya coklat tak terlalu pekat)
7) Tuang coklat cair tas kek then hias sesuka hati.
8) Boleh makan!

Resepi ni cukup mudah dan paling penting menghasilkan kek coklat yang yummy! Apa lagi? Jom godek2!

No comments :