SHUKR

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah kehidupan lebih baik bila kita lebih berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah. Semoga aku menjadi seorang yang istiqomah dalam mencari keredhaan dan keberkatan Allah. Suatu perkongsian manis yang mengetuk jiwa kecil aku semalam,

Andai Allah memakbulkan doamu, percayalah bahawa Allah sedang melimpahkan ruahkan kasih-sayangnya terhadapmu..
Andai Allah masih belum memakbulkan doamu, andai DIA lambat mengurniakan permintaanmu, percayalah Allah sedang menguji kesabaranmu..
dan..
Andai Allah tidak memakbulkan doamu, andai DIA tidak menunaikan permintaanmu, percayalah bahawa Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik ke atas dirimu. 

Terus diri aku membuat caturan dalam diri. Pelbagai keinsafan wujud dalam hati, pelbagai persoalan terjawab dengan sendiri. Ya, 'shukr', rasa syukur itu sebenarnya menjadi pengubat hati yang sangat mustajab, pada aku. Dengan apa yang telah Allah kurniakan selama ini, jika dibandingkan dengan sebesar-besar dosa yang pernah aku palitkan pada silam dulu, Ya Allah betapa hina diri aku, betapa butanya hati aku dengan kasih dan sayang Ya Rahman Ya Rahim kepada aku. 

Pernah aku terbaca dan ingin dikongsikan bersama tentang perkataan syukur. Betapa besarnya hikmah dan makna di sebalik perkataan ini hanya diri kita yang dapat merasa. Aku petik sedikit daripada pembacaanku dari sebuah blog,


Shukr (Arabic: شكر ), an Arabic term denoting thankfulness, gratitude, or acknowledgment by humans, is a highly esteemed virtue in Islam. Shukr is the twin of sabr 

The scholars have defined thankfulness as: “Directing every blessing towards that which it was created for.” [Bajuri, Tuhfat al-Murid `ala Jawharat al-Tawhid]

If you are thankful, I will surely give you more; but if you are ungrateful, My punishment is terrible indeed.
(14:7)

Terima Kasih Allah atas nikmat rasa syukur ini. Terima kasih Allah dengan rasa rendah hati yang engkau kurniakan. Semoga aku lebih gagah menuju firdausimu, Semoga aku capai keredhaan mu Ya Allah. Wallu'alam


Comments

Popular Posts