Little Big 'Home'
Hi assalamualaikum!
Today nak story-story bout my sweet home. Nak meriak sesorang giteww..kahkah!
Beli rumah end of 2015. Masa tu belum sampai setahun pun posting. Tapi tulah kan, mikirkan harga rumah pun makin mahal and sampai bila nak bayar sewa RM500 every month but bukan rumah u pun. rumah orang. So, finally after dah diskus dengan family, we bought a house. Jauh sikit dari sekolah, but inshaAllah better lah daripada menetap di Snail Hill yang selalu problem current. It is a single storey terrace house. We chose end lot since nak beli corner lot takdak kemampuan waktu tu.
Disebabkan baru setahun jagung dalam perkhidmatan awam, so tak boleh la nak buat pinjaman perumahan kakitangan awam LPPSA. Jadi the only pilihan yang ada pinjaman bank. Disebabkan juga time tu takdak simpanan beriban berpuluh riban, jadi the only pilihan yang ada is cari bank yang menawarkan pinjaman 100percent which is Bank Rakyat. So finally beli lah rumah tadaaaaa....
Once beli rumah guna pinjaman bank ni, u bukan tunggu dapat kunci baru start potongan bank, tapi bulan ni bank proceed, bulan depan da start potong pinjaman. Masa tu i was likeeee ikan terlepas atas darat, tercungap nak bayar rumah sewa lagi, pinjaman rumah yang nk beli tu lagi.. tengok kawan-kawan seronok pegi melancong, we just gulpp telah ayaq liur duk diam2 ja la kat rumah siram pokok. Investment ke depan, so kena sacrifice banyak juga. dengan tahun 2016 tu beranak pinak la. ada komitmen and tanggungjawab baru kena adapt dalam planner hidup. But u know what? do ur best..and inshaAllah semuanya smooth ajer Allah aturkan.. semuanya from HIM and yakinlah he planned for u the best!
After 2 years of contruction and macam2 prosedur, bulan Mac 2018 barulah berpindah masuk ke rumah. Bismillahirrahmanirrahim..
Haa..masuk rumah dah seronok ya. Tapi persediaan nak masuk rumah tu u sedia ke? haha. Duit lagi bosskurr... wiring, table top, grill, macam2 lagi kahkah. Tup tup habis almost 20k jugak. Bukan semua boleh penuhkan sekali gus, sikit-sikit menabung sikit-sikit beli. Alhamdulillah now dan masuk 3 tahun menetap di rumahku syurgaku. Semailah dengan kasih sayang, semburkan dengan wangian cinta..inshaAllah moga Allah sentiasa pelihara.
Bila tulis-tulis ni kan.. sebenarnya macam-macam perasaan ada. Macam satu muhasabah, macam satu kesedaran, macam satu rasa tuuu..yg paling kuat rasa 'SYUKUR'.. besarnya nikmat rasa tu kan..
Ok. Tamat
Belanja 1 gambar fav spot dalam rumah winkwink >.<"
Comments